Tuesday, 2 October 2012

Egokah Aku ?

Assalamualaikum :)

Minggu ni adalah minggu exam dan sepatutnya dihadapi dengan hati yang tenang seperti sebelumnya. Tapi, malam ni tak dapat nak focus sepenuhnya sebab fikirkan pasal "Saya dan Dia"
Selepas usai solat isya' , aku terus baring dikatil single ku. ku fikir hanya ingin melabuh bahtera selama 5 minit rupanya sangkaan ku salah. Terdengar ketukan pintu biliku yang diketuk oleh tangan lembut ibuku.
'Eiydah kau tidur ke? bangun lah, petang tadi belum makan, dah bangun, turun ke bawah dan makan, Mak tunggu " ujar ibuku dengan nada yang manis.
Ya Allah, sebegitu caring ibuku terhadap aku, ingin sahaja aku sebagai seorang anak berkongsi suka dan duka tentang hal peribadiku tapi malangnya mulutku seolah terkunci, tangan ku terikat pabila sudah terdetik hati ingin berbicara.
Kembali ke kisah Percintaan Yang Tidak Diketahui Hujung Pangkalnya,
Dikala ku termenung di jendela, aku terfikir adakah aku seorang yang ego untuk mengakui itu cinta? ataupun perasaan itu hanyalah permaina. Keliru. Sangsi plus plus.. !
Perasaan Keliru dan sangsi semakin bertambahh apabila dengan nyaringnya melodi dari negara seberang diputarkan di radio. Lagu bertajuk Egokah aku ? kian bermain di kepala hotak ku menyebabkan aku kurang memberikan perhatian pada pelajaranku.
'Berani Buat Berani Tanggung Eiydah'
Hanya ayat itu sahaja yang sentiasa menyingah di benak hatiku. Sungguh aku lemah. Aku lemas dan tenggelam di alam percintaan.
Dan akhirnya, muncul lagi ayat dibenak dada ku tatkala aku berniat untuk mengambil wudhu kerana ingin menunaikan solat sunat hajat.
' Allah sentiasa bersama kita dan Allah akan meguji kita berdasarkan kemampuan kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya '
# i hope, Allah dengar semua doa ku dan sentiasa mengingati aku...


Selamat berhibur dan mendengar rintihan hati ku :), selamat malam..

Salam buatmu Oktober, Maafkan aku

Assalamualaikum :)
Salam Oktober semua ! Hopefully, bulan Oktober merupakan bulan yang paling indah dan sungguh bermakna untuk kita, InsyaAllah. 
Aku percaya kalian semua mesti punya misi yang baru dan aku pun sama.
Semoga kita sama-sama mengapai dan mengecapi misi itu, k? k?  
Amin ^_^

 
"Mengapa menyinta andainya tak setia, tak usahlah bercinta kalau hanya berpura "
Aku bukan seorang yang tidak setia tetapi aku sekarang sedang berpura.
Maafkan aku, seharusnya aku tidak memberimu harapan.
Ya, Semuanya salah aku. 
Aku cuba dan terus mencuba untuk mengenalimu tetapi aku tidak berdaya.
Aku seorang wanita yang lemah. Sungguh lemah. 
Mungkin aku bukan wanita yang engkau cari. 
I'm sorry Valentine. I'm so sorry.

  Wassalam :)

Sunday, 30 September 2012

Keliru. .

Assalamualaikum...:)


Ya Allah, Ya Rahman..
Ku bermohon sinari hari-hariku.. adakah aku harus meneruskan itu?  Berikan aku taufik dan hidayah mu agar aku sentiasa menuju ke jalan yang benar. 
Ya Allah, Ya Rahimm..
Jika apa yang ku rasa adalah salah, persembahkanlah aku yang benar, Jika apa yang aku rasa itu adalah benar, kau pimpinlah daku, kau bimbing lah aku agar aku tidak terpesong.

Mak, Bapak..
anakmu ini terasa baru sahaja hidup, belum dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana itu permata.
Mak, Bapak..
anakmu ini sedang mengalirkan air mata, dek sedang dalam kekeliruan.
Mak Bapak..
Anakmu ini mengalirkan air mata yang disebabkan oleh seseorang yang belum tahu hujung pangkal akhir sebuah cerita Cinta.
Sahabat..
Aku keliru.. sungguh aku keliru. Aku takut aku menyesal. Aku tak tahu di mana arah kebahagiaan ku. Adakah aku bahagia ke arah itu ? ataupun aku bahagia di takuk lama ku? 
Sahabat..
 Tolong lah aku, dengarlah rintihan hatiku yang tidak seberapa. Aku rasa bersalah. Gangguan di atma kian berulang tanpa disedari..
Ya Allah...
Mak, Bapak...
Sahabat...
Aku benar-benar keliru... !!


Kadang-kadang aku bukannya takut untuk jatuh cinta . Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui baik buruknya.

Saturday, 29 September 2012

Ya Allah, adakah dia untuk ku ?

Assalamualaikum :)


who loves you?
i don't know. 
Ya Allah, adakah dia untuk ku? aku keliru. Mungkin rasa ini bukan milik ku. Mengapa setiap kali aku menyatakan rasa itu aku menjadi rasa serba salah ? adakah aku menipu diri ku sendiri? aku tak tahu. Ya Allah, show me the way.. how to solve this problem. i dont know.
Bukankah seharusnya aku bahagia bila mempunyai teman seperti orang lain. oh tidak ! Aku memang sayangkan dia. Aku memang suka kan dia. Tetapi masalah yang aku fikirkan sekarang adalah kita berdua mempunyai agama yang berbeza. Aku risau. Aku takut akan dosa. Aku ingin tahu. Berdosakah seseorang bercinta dengan orang yang berlainan agama ?
aku keliru. sesiapa yang mengetahui. Tolong inform aku. k ?k ?




Friday, 28 September 2012

Saya suka Awak

Assalamualaikum :)

saya suka awak?  saya suka awak! saya suka awak ?!

Namanya bermula dengan huruf V, non-muslim actually. ngee.. aku kenal dia pun sebab kami berdua sama dalam rumah sukan or boleh dikatakan satu pasukan. Nama rumah sukan kita orang ialah Rumah Helang bertemakan warna Merah. Rasa-rasanya dia kapten masa tuhh.. tak ingat sangat lah. Al-maklum lah.. dah tua ! ahaha, belom tua lagi lahhhh !

Dia anak kepada mak cik library, sekarang pun aku dah tak ingat lagi nama mummy dia. Seorang anak yang taat mak nya. Best lah tengok dia dengan mummy dia tuhh, cemburu lah pulak ! hihi.
Masa aku kenal dia pun, kita orang selalu gaduh, pantang bertemu. kalau bertemu ada saja topik yang nak di debatkan. Heran aku ! 
One day, aku add dia sebagai friend aku di Facebook. then, dia approve. Aku biarkan ja lah. Sebab aku kenal dia lah aku add dia. kita orang kira selalu jugak chat tapi tidak sekerap sekarang !!
haha..
Sekarang, bukan sekadar chat di Fb, handphone aku pun dulu tak berbunyi langsung, sekarang dah berbunyi macam ribut taufan jer.. by the way.. kita orang kawan jer okey ! Tapi memang suka dia pon.. biarlah, malas lah nak layan perasaan sangat, nanti gila lah pulak ! haha.. I LOve yoy ! hahah
Melampau :)


Thursday, 20 September 2012

Aku Seorang Pengawas.

Assalamualaikum.. :)
 *Tahun 2010 ( tingkatan 2 )

Sahabat : Eiydah, kalau orang lantik kau jadi pengawas kau nak tak ? mesti nak kann, best tau sebab dapat escape kalau ada spotcheck.

Aku : Tak nak, lagi pun buang masa, tak nak jadi pengawas sebab bagi aku pengawas tu tempat dia djari telunjuk guru, ee.. tak nak lah, lagi pun kalau ada spotcheck biarlah.. dah salah tetap salah.

Sahabat : oow, gitu.. kalau aku memang nak sangat jadi pengawas, tapi orang macam kita ada ke ornag nak lantik ?

Aku : Haaa... sedar pun diri ! (tergelak)

*Tahun 2011 (tingkatan 3)

Sahabat : Eiydah, nama kau ada lah tercalon dalan senarai pemilihan pengawas.. hihi, tak lama lagi jadi pengawas lah kau Eiydah, haha

Aku : Ye kerr ? tak rugi ke kalau dia orang calonkan nama aku ? hermm, takkan lah aku jadi pengawas, Ohhh, tak mungkin  !

Sahabat : Jangan cakap macam tu, kalau ada rezeki ada lah tu... Sabar lah k ? hehehe

Aku : Aku tak harapkan sangat pun jadi pengawas, susah lah.. aku tak suka merayau-rayau. Tu ha.. cuba tengok, pengawas datang sekolah macam jadi orang gaji bukan nak belajar. 

Sahabat : Kenapa kau tak harapkan nak jadi pengawas ? Alasan lah tuhh, suka cakapsuka okeyyy..

Aku :  Yea la, macam mana dia orang nak pilih aku jadi pengawas, tahun ni aku dah buat kes, kes pakai baju unit beruniform lain. Masuk bilik guru disiplin pulak tuhh. Aku ingta tak kantoi, rupa-rupanya, kelas kita nie saja dah ada pengintipnya.. huhu

Sahabat : Tak pa lah Eiydah, past is past, yang salah tetap salah okeyyy, lagi pun buat apa kau nak pakai baju unit beruniform lain ? trend lah sangat... HAHA

Aku : Memang lah trenddd, kau je yang tak tahu... HAHA

*Awal tahun 2012 ( Tingkatan 4 )

Sahabat : Eiydah, aku serious niehh, kau nak jadi pengawas ke tak nak ?

Aku : Aku rasa bukan semalam kau baru bersama aku, lama dah kan ? dan aku rasa kau memang dah tahu jawapan aku. Lagipun, aku ni rasa macam nak pindah sekolah je. huhu

Sahabat : okeyy, kalau dah cakap macam tu, senang lah kerja aku.

Aku :okeyyy, berehhh..

*Akhir Tahun 2012 ( sekarang)

Cikgu Aman : Hari ini saya akan mengumumkan nama-nama pengawas yang akan berkhidmat pada tahun depan...

Sahabat : Mesti kau ada kan beb..

Aku : Aku ? kau gila ... ! haha

Cikgu Aman : Khalidah binti Senawi.

Aku : aku ker ? eh.. biar betol ? tak caya lah.. tapi cikgu Aman sebut nama aku tadi kan.. ? hahahaha  (ketawa sebab nak cover malu )..


Today, mulai 20.September.2012, AKU ADALAH SEORANG PENGAWAS BUT I'M NOT A TERRORIST ! Aku balik rumah then aku bagitau kat mak bapak aku yang anak bongsu dia nih dah jadi pengawas. then my father said :
" Eiydah, bila orang bagi kita pangkat, bermakna kita ada tanggungjawab. pikul lah tanggungjawab itu dan jangan sesekali lari dari tanggungjawab. Keran bukan senang kita buat tembok kepercayaan seseorang pada kita. so, kita kena bijak gunakan peluang yang ada " 
my mom said :
''Eiydah, kita kena sentiasa pelihara dan awasi diri sendiri sebelum kita mengawasi orang orang lain. 
InsyaAllah, mak bapak.. thanks for your advise :)
Sekian, Aku seorang pengawas, InsyaAllah :)

Wednesday, 19 September 2012

Homewok lagi... :)

Assalamualaikum :)
Syukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T masih beri peluang untuk hidup hari ini. yea. harus bersyukur. Bukan aku seorang tapi semua kita ni harus bersyukur. hihi.. mcam ustazah pulak dahh..
Hari ini best, Alhamdulillah tenang sikit dari hari sebelumnya sebab dah tahu serba sedikit tentang ******. Dan aku sangat pasti esok aku dah start busy dengan hal ehwal sekolah, ermm.. jangan kat esok lah.. malam nie pon aku dah busy. Mana tidaknya, banyak sangat kerja nak dibuat. Tapi aku sedar, seusia aku kena belajar banyak hal. 
Senarai kerja :
1) homework addmath (sangat bnyak. 2 muka surat )
2) aku kena sediakan dan cipta something untuk persembahan for ppim's group (sangat-sangat binggong masa ni sbb tak tau nak buat apa)
3) Aku kena siapkan cerpen.
4)kerja fizik melambak.

Buat masa nieh, tengah tulis entry, dalam masa yang sama tengah cari ilham nak buat persembahan apa. Apa-apa pun aku tak leh nak putus asa begitu jer, kan eiydah nak jadi peguam ? haha, InsyaAllah, tercapai . Sama-sama berdoa dan berusaha untuk masa depan sendiri :)

Allah Maha Pengasih dan Maha lagi penyayang :)


Bila orang bagi kita satu kepercayaan, kita harus jaga dan pelihara kepercayaan itu. Kepercayaan tidak dapat dibeli dengan wang. Bila ada kepercayaan maka adalah tanggungjawab. Dan tanggungjawab itu harus kita pikul kerana itu yang mendewasakan kita. I believe it because it happens to me right now. Now, aku di beri ruang dan diberi tanggungjawab untuk tonjolkan siapa diri aku, dan aku harus pikul tanggungjawab itu. InsyaAllah cikgu. :)
sekian shaja, esok insyaAllah, jika Allah SWT masih beri peluang untuk hirup udara segar, aku akan update lagi okeyyyy, LOVE YOU ALL :)

wassalam..