Monday, 13 May 2013

You Never Know.

Salam A'laykum w.b.t

Hye sumee.. erm ? erm ? what. I feel so down today. Dah memang takdir dan suratan aku begini. Aku tak mampu nak bahagiakan semua orang. Aku pun manusia jugak, ada perasaan dan buat kesilapan. Kenapa susah nak terima hakikat tentang kekurangan dan kesilapan aku ? Aku bukan Nabi. Mak bapak, aku letih dengan semua cacian dan makian hidup nih. Kehidupan aku bukan setakat dirumah, malah hampir setengah hari aku hidup di sekolah. Berhadapan dengan guru-guru. Cikgu pun manusia jugak. Aku student, aku sedar diri. Aku kadang-kadang rasa hidup nih takde makna.  Aku rasa seolah-olah tiada siapa pun sayangkan aku. Tiada siapa nak hargai aku. Memang aku malas belajar sebab aku nak tarik perhatian. tapi tak berjaya kena maki lagi adalah ! Dekat sekolah aku berhadapan dengan masalah jugak. Masalah belajar sehingga some people called BEBAL. Masalah dengan cikgu yang selalu sindir life style aku, sindir tentang family aku. Aku lemah bila benda ni terjadi pada aku.  Bila sampai rumah ingat nak rehat tapi kena buat itu dan ini. itupun tak pernah dihargai. Asyik-asyik diaorang jer betol. Menyusah betol anak bongsu macam aku. Nampak sangat aku ni kurang kasih sayang,. Balik rumah, aku hadap masalah dengan keluarga, bila balik sekolah asyik-asyik dengar orang mengeluh duit dah habis la, duit tak ade lah... jadinya, mungkin aku stop tusyen for this month sebab ayik dengar yang sama jer balik dari rumah. huh. Bila nak kahwin kakak, ada pulak mak tanya bila nak hantar baju dengan tailor? aku diam, aku ingat hanya bermonolog dalam hati jer rupa-rupanya terlafaz jugak "nak buat baju dapat, buku aku berlambak belom dibayar. Bila nak mintak duit untuk bayar baju cepat pulak kasi tapi bila nak bayar buku siang ke malam tak habis bebelnya. AKU PELIK.

I'm 17 years old, entah apa yang mereka fikirkan tentang aku, aku pun tak tahun. Memang, result aku tak gempak. jujur.. B.melayu aku drop sebab aku salah tajuk. pendidikan islam aku drop sebab aku cara buat. You never gives me a chance to explain. but, i redha. Adapun result aku nak gempak ada ke diaorang nak puji aku ? HAREMMMM~ busy dengan kerja, busy kira duit yang tak pernah cukup. Bukan niat aku nak cerita masalah nih cuma aku dah tahan. ini luahan hati aku yang lama aku pendam. bila luah insyaAllah takde dendam.. Bukan aku salahkan mak bapak lahirkan aku di dunia nih cuma aku rasa kecil hati and kenapa aku dipinggirkan sebegini. Kakak and abang aku memang the best. Sehingga mati aku pun belom tentu mereka sedar. You never know. Luaran, aku hanya senyum, ketawa sedangkan kepala hotak aku nih ligat berfikir macam mana nak jaga hati orang terutama mak bapak aku. Aku tak pernha menyesal kewujudan mak bapak aku. Malah, aku berterima kasih sebab dah banyak spend duit untuk aku hidup. kalau aku mati, taklah menyusahkan diaorang untuk spend duit untuk aku hidup. Orang kata masalah itu manisan hidup. Bagi aku, tapi bagi aku manis itu wujud bila kita mampu menyelesaikan masalah. tapi jujur, rasa pahit, masa, masin semua ada bila tengah berhadapan dengan masalah. Dia orang cuma tahu komen, critics jer.. yang berhadapan dengan masalahnya AKU !

Aku tak pernah impikan seorang yang sempurna didepan mata aku. Cukuplah yang tahu dan sedar makna kasih sayang. Yang ambik berat tentang aku. Aku jadikan itu pengajaran dalam hidup aku. InsyaAlah andai umur ku panjang, aku takkan buat benda yang sama dengan anak-anak aku. InsyaAllah, andai aku seorang guru, aku akan jadi guru yang lebih prihatin bukan jenis sanggup sindir sehingga sanggup ungkit keturunan dan hina beradik aku. Aku tak sanggup nak hadap benda tu. Aku masih ingat lagi kata-kat tu cikgu. AKU INGAT LAGI CIKGU.

Aku selalu ingatkan diri aku supaya berbicara, bicaralah seperti orang yang punya tuhan dan iman. Aku percaya Allah sepenuhnya. Aku yakin ada erti disebalik kejadian nihh. Aku selalu berdoa agar ada keajaiban dalam hidup aku. Aku minta maaf sebab aku tak mampu nak happykan semua orang. Aku sayang Family aku. Please support me what ever i do, give me a chance to prove that i can change the world insyaAllah with Allah's permission. Salam A'laykum.


Queen of Heart...