Friday, 14 December 2012

"Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea"

Salam A'laykum :)

Hye Readers ! ? petang-petang gini korang buat apa? hihi-,- hope korang enjoy lah erkkk. InsyaAllah.  Alang-alang dah Eiydah bukak lappy and terus bukak blog niehhh, Eiydah nak join segmen niehh -,- 
so, korang joinlah sekali k? bukan susah pun.. hihi, lagi ramai kita join segmen ni mesti best tau ! menang or kalah tu kira lain cerita becoz dah memang adat pertandingan kalau ada yang menang mesti ada yang kalah. hihi.. by the way ! Enjoy the segmen !

 
 
Tag . . -,-
 

Siappp ! ! Assalam A'laykum :)

From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-     

Wedding-wedding-wedding !

Salam'Alaykum..

 Seperti biasa Eiydah ada bengap sikit kalau nak buat intro. hihi.. Hari ini Eiydah pergiiii..
Pergiiii... Majlis Kahwin kakak kepada kawan Eiydah, Zul -,- *tepuk tangan wehh* haha. Malam tadi susah sikit nak tidur sebab teringat kat majlis kawen kakak Zul. Nak pergi ke tidak-nak-pergi-ke-tidak ? keliru sangat-,-  Jadinya, Eiydah memang dah prepare kalau jadi pergi Eiydah akan prepare pakai baju apa esok. Eiydah nervouse sebab Eiydah tak biasa pergi Majlis Kahwin dengan geng. Biasanya Eiydah akan jadi anak emak masa niehh. haha. Dalam erti kata lain biasa kalau ada majlis macam tuhh Eiydah akan pergi dengan mak *tutup muka* kantoi lah yang kau anak mak eiydah ! haha. Well.

Pagi tadi, Member call.. Alahaiii dia tanya..
Member : Jadi tak neih ? pukul berapa pergi ?
Eiydah : a'ahh, entahlah...*terbangun dengar bunyi phone*

Alahai.. pagi-pagi dah buat kecoh member aku niehh-,- haha btw, aku sayang korang. okey. Tepat pukul 8, Eiydah bangun dan terus iron baju dan kemas2.. Terpaksa lon Facebook sebab phone dah takda kredit. Haha. cuba-cuba. Nasib lah member aku punya facebook masa tuh pun on jgak.. alhamdulillah~. kiki.

Oleh kerana phone takda kredit, masa on the way ke rumah Zul, aku and member aku pergi singgah setiap kedai yang ada. Alahaiii. Takda jual Reload seyhhh *tangan atas bahu mata ke atas* Aku pun tak tahu kenapa dngan hari niehhh.. setiap kedai takde kredit. Sampai kat rumah Zul, haha.. peristiwa melucukan. Member aku nak bersalam dengan tuan punya rumah and dalam masa yang sama member aku malu sebab mak dia suruh beri sampul surat yang berisi wang tuhhh. Alahhh, kira macam sedekah laaa. Tapi dia, jadi aku yang minah tak malu nieh.. yang cover dia. haha. Bersalam dengan tuan rumah  then beri sampul surat tuhh. HAHA. Biasanya, dalam keadaan kelam kabut macam tuhh.. au yang jadi penyelamat. wahhhh -,- *mintak puji*

Aku dah takde idea sebab hari ini memang lucu bagi aku. Tapi kalau korang rasa tak lucu, tukorang punya pasal lahh -,- take a look :

* terpaksa buat muka tak malu sebab nak snap-snap atas pelamin.

*ini Eiydah Khalida.

*Pelamin -,-

*ayu nya minah niehh -,- haha. Masa nieh sebenarnya tak leh nak angkat sebab kaki sakit. tapi still boleh senyum depan dslr Samsung *kamera kat phone ke ponn*

by the way, today is the one of my great moment. Tak leh nak dilupakan atas sebab tertentu. hahahahaha* gelak setan*  till then -,-
Assalam A'laykum..

From Queen Of Heart..
-Eiydah khalidah-     

Thursday, 13 December 2012

Makanan Islam Mengikut Teori Barat

Salam'Alaykum . .

Hari nak share sikit tentang makanan Islam mengikut teori Barat. Di era kini masalah yang dihadapi ialah tentang makanan. Kita sekarang ramai yang memandang enteng tentang makanan sebab sekarang jarang nak buat rujukan tentang pemakan yang tahunya main bedal jer.. -,-


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara “barangan buatan” yahudi(mereka) yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi Muhammad saw tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut .

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad saw selain susu dan madu.  mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad saw.  Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Mereka ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, mereka   ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulan mereka  i ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168


Firman Allah:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88


Firman Allah:

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahli Ayat 114


~ sumber : sahabat maya.

moral : ada benarnya, kita makan apa yang kebanyakkannya yang telah diwar-warkan oleh iklan, kita makan sebab kita dengar 'yang baik-baik' tentang makanan tersebut melalui buku dan televisyen. Betullah, siapa nak makan benda yang tidak baik.


So, Saudara dan saudari beware tentang makanan okeyh ? -,-


From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-

Lain Kali Boleh Menang. .

Salam A'laykum W.b.t

Alhamdulillah, perlawanan bola sepak telah pun tamat tapi aku percaya banyak orang tengah naik angin sekarang sebab Malaysia tak menang. Tak pa.. Tak pa.. diminta betenang sekarang. Bukan mudah nak kalahkan pihak lawan dan kita kena terima hakikat bahawa kita dah kalah. Dan insyaAllah jika diberi peluang lagi kita Malaysia boleh menang. Aku akui ada sikit rasa terkilan sebab aku memang confident sangat-sangat yang Malaysia malam nieh boleh menang tapi apa boleh buat semuanya sudah dirang lebih awal dari yang Maha Esa.


Hidup Sukan Malaysia !

Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah to Malaysian's GK iaitu Farizal Marlias sebab berusaha nak pertahankan kubu Malaysia even kita memang dah tewas 2-0 dari pihak lawan. Buat rakyat Malaysia, jangan susah hati and jangan buang masa. berusahalah untuk memperkasakan sukan negara ! Dan insyAllah kemenang nanti akan berpihak pada kita. Setiap kepahitan pasti  ada kemanisan yang di pengakhirannya. Amin -,-

Ayat Abang : 
malaysia dah kalah... so jgn nk merapu... g tolong coach malaysia lahirkan pemain yang berbakat..
mak ayah jgn sekat anak nk main bola.. t boleh kurangkn pemain berbakat malaysia..
cikgu kat sekolah jgn gntikan masa pjk dengan kimia bio or bnda lain...
make sport as a culture
Till then.. salam'Alaykum :)

From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-

Wednesday, 12 December 2012

Cuti Oh Cuti

Salam' Alaykum :)


Rasa awkwardnya bila lama dah tak update blog nieh -,-. Apa-apa pun sementara ada masa boley lah update sikit-sikit. Kadang-kadang ada idea nk update tapi sekarang takde idea nk update. huhu

....
Guys.. ?
macam mana dengan cuti sekolah korang ? hopefully korang sihat k ? Alhamdulillah bagi aku sebab takde apa-apa yang berlaku sepanjang cuti nieh.. Erm.. Mesti sekarang dah ada plan nak persiapan for tahun depan. Siap ada yang beli beg sekolah lagi tuhh-,- haha. Somethings like that, right ?

After balik dari Miri, aku memang boring dudok kat rumah. Kalau nk jalan-jalan pun takde duit. Aku memng dah pokai sekarang. haha *bukan nk mintak sedekah kt sini. Haha, saja nak bgitau. Aku cuti nieh memang banyak benda nak dibuat tapi kadang-kadang apa yang dibuat tuhhh langsung tak dikenan di hati. Huhh, ada yang berjanji nak balik rumah tapi tak balik balik. Bagi aku sekarang masa sekolah and masa cuti ni sama jer. Takde yang special bagi aku. Sunyi memanjang tapi tu lahhh nasib ada si Kechik Yaya yang selalu datang kat rumah ni. Alih-alih bila ada kawan kira dapat merangkap jawatan sebagai babysitter. Dialah teman bergurau. Dialah juga teman bila bergaduh. aduhaiiiii..

*Yaya minat Snap-snap jgak tau !

*hooo Chakkk~!
Inilah kerja aku setiap hari. Tak best dan tak jgak boring. By the way, inilah hidup aku bila takde orang dirumah dan aku rasa aku harus sedar lama dahulu. Kesian kau Eiydah ! Hambikk kauuuu~ Bersyukur lah wahai Eiydah ! Aku sedar ini ujian dari Allah S.W.T where Allah nak uji kita. Ingatlah, ujian tak pernah sunyi ia sentiasa ada sama kita sedar ataupun tidak sedar. InsyaAllah, Semoga aku dapat hadapi semua ini.


SUNYI !!!!




Imam Ghazali pernah menuliskan, "ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi... tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!"

From Queen Of Heart...
-eiydah khalidah-

Istikharah Cinta

Salam'Alaykum :)




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..