Thursday, 6 December 2012

Masak Hari Ini.

Assalamualaikum w.b.t  :)

Semalam aku dah lepas tension, pukul 1 stengah pagi baru nak tidur lepas tu terpaksa bgun awal. *sigh. Letih memang letih. Hari ini jugak mak  aku pergi pekan sebab nak beli barang dapur sebab anak menantu datang dari jauh. Kira dia nak buat sambutan lahhh... tapi, tiap-tiap kali dia orang datang mak aku akan busy suruh aku kemas nieh, susun tu  susun ni. Naik rimas aku dibuatnya. But, as a daughter, aku turutkan even dalam hati berperang dengan perasaan. HAHA. Apa boleh buat, itulah mak aku.

Hari ni hari jumaat, sangat bermakna bagi aku. Mak aku aku pergi pekan, bapak pergi masjid. Then aku ? aku buat apa? bila bapak aku tengah mandi aku cuba ingat macam mana mak aku masak. Yealah, aku excited sampai tangan ni laju taip pasal aku masak hari sebab, aku sebenarnya tak pandai msak but for this day, aku masak !

Lepas bapak aku pergi, aku yang menguasai rumah ni terutamanya DAPUR. haha.. Aku masak sebab kesian tengok bapak  aku bila balik dari masjid, datang rumah terus bukak tudung salji yang kosong isinya. Tapi, hari ini aku memang try sekuat-kuat hati untuk masak. Then, aku limitkan masa msakan aku. Sebelum bapak aku balik dari masjid aku pastikan yang masakan aku siap terhidang atas meja. Dan aku juga sudah wangi sebab dah mandi. haha. *erkk.. kantoi belum mandi tadi~

Apa yang aku masak, aku rahsiakan sebab this is my first time, i try to cook for my father. Entah dia makan ke tidak sebab bapak aku cerewet sikit pasal makan and itulah salah satu faktor aku tak nak masak. Actually bukan sebab takut okeyh. Tapi sayang, semua yang aku masak, erk semua yang aku masak? macam byak jer yang kau masak tu eiydah? byak lah sangat !! Masakan yang aku buat tak sesedap masakan yang mak aku buat. Okeyh, may be ini yang dikatakan air tangan seorang ibu. Alahhh, special nya masakan air tangan ibu ni kan? sedap~ sobsob -,-

Btw, ayah aku dah balik dari masjid and aku sedang bertapa di dalam bilik kesayangan aku nieh, aku malu nak keluar bilik disebabkan masakan aku yang tak sesedap yang mak aku buat...Tapikannn.. aku sendiri pun tak nak makan apa yang aku masak sebab aku tak sampai hati nk makan. haha *cover masakan tak sedap.

Apa-apa pun, kalau tak-de orang nk appreciate apa yang aku buat, biarlah aku sendiri yang appreciate apa yang aku buat. Hehe. *tak nak mengalah. Sebab my dad pernah pesan, Kita hidup tak leh nak bersandar kat orang lain. Kalau orang tu ikhlas nk tolong kita pon kalau kita sendiri yang tak bangunkan diri kita sendiri alamatnya kita akan tidur jer.. orang lain maju dalam hidup, kita jer yang terkandas.  eh eh.. *motivasi diri. haha. setakat ni je lah k? till then  bye sweetheart, handsome !

Wsalam :)

From Queen Of Heart...
- eiydah khalidah-

Tatapan Terakhir.

Assalamualaikum w.b.t

Aku lemah, Sejujurnya aku akui. Menangis. Itu hanya mampu yang aku lakukan sewaktu ditinggalkan. Tetapi, aku tidak pernah lupa pada rakan yang selalu beri dorongan, sokongan, and they try very hard untuk aku lupakan kisah silam aku. Friends, i'm sorry. I know, you all baik sangat kat aku. Tetapi watak dalam sketsa hidup aku adalah aku dan dia. Friends, korang cuma watak sampingan saja. Sorry but i have to say this. Perempuan macam aku memang, takda yang special mana pon, cuma korang mesti sedar, aku pon manusia jgak... setiap tindak tanduk yang orang buat mesti ada respon dari aku *cuma perbuatan yang orang buat pada aku lahh..

1 tahun, Dia pergi tinggalkan aku. He go with another girl. How can i act normally when he always play in my mind ? cruel. it so CRUEL. I dont know what is the  meaning of love. i also confused what is the real love can do? sometimes, we see through the drama on the television, LOVE STORY adalah sebuah cerita yang semua orang nantikan. Even, kita hidup SINGLE.To my ex boy, you're always in my mind. Walaupaun pada dasar, kita dah tak-de papa hubungan. Maaf, suatu ketika dulu aku tak sempurna buat mu. But, actually kenangan lalu itu yang menghidupkan aku sekarang. This is the last, i promise, ini adalah cerita terakhir tentang engkau dari aku. -,-

Dear the one that always play in mind,

                  Pertembungan di sebuah bas adalah satu permulaan. Setiap hari, kita balik sekolah. Kita naik bas yang sama. You ada di depan, I berada di belakang. One day, You want my phone number. Cara You mintak my phone number itu yang buat terpikat. You berani mintak my phone number daripada ex I, Amir.. even Amir tu kawan you. Then Amir cakap " kelak ku berik numb nya, tanyak ngn ny lok. tapi susah sikit ngn miaq tok, sebab miaq tok susah diembak kuar " :D. Aku tahu semua ini dari adik Amir, Arwin.. the one of my besties. 

Early morning/ SEKOLAH. Form 2

Arwin : Eiydah ! aku ada good news untuk kau ! 
Eiydah (me) : Apa? ehh, ada-ada  jew ka nieh -,-
Arwin : ehh.. ehh.. adalah, nanti aku bagitau kat kau k?
Eiydah : okeyh, Waiting~

Pada masa tu, aku memang tak tahu and unacceptable bila Arwin bagitau yang kau nak number phone aku. Excitedd+ Hairan + weird .. macam-macam ada masa tuhh, * aku ingat lagi.

Rehat/ SEKOLAH/ Dalam Tandas / Form 2

Arwin : eh, Uzai nak number kau lerrr..
Eiydah : eh, yea ke? oww.. *respone, muka berseri-seri
Arwin : Nak bagi ke tak nak?
Eiydah : Tak yah lah Arwin, aku tak nak kacau hubungan orang. Bukan dia dengan Kasma ke? ehh, aku hormat orang couple nieh. tak nak ganggu orang lah weyyy~
Arwin : Aie, dia dah break offlah dengan kasma tu.
Eiydah : yea ker? 
Arwin : a'ah.. bagi je lah k? tapi kau jangan setia sangat.Lelaki semua buaya tau  ! hehe
Eiydah : eh eh, belum papa dah cakap macam tu. haha
Arwin : ini nasihat dari orang yang sayang kat kau lah.
Eiydah : yea lah tu, thanks. bagi je lahh..

Bila aku dah dapat number phone kau, dan kau dah dapat number aku. Aku tunggu kau hantar message kat aku. At the same time,  aku selalu warning kat diri aku sendri supaya tak terlalu mengharapkan kau. Pada suatu malam, aku memberanikan diri, aku hantar message kat kau. Sorry, aku dah tak ingat apa yang aku hantar cuma yang aku ingt kau reply, ' SIAPA TOK? when i told my name. Kau terkejut sebab kau tak percaya yang aku hantar message kat kau. Tapi, malam tu, kita tergantung macam tu saja, sebab kta tak-de kredit. Dalam phone aku masa tuh, nama kau aku letak your full name. Bila aku balik sekolah, ada dah ada kredit, aku binggung, apa aku yang harus hantar message dulu ataupun tidak. Aku punya binggung sampai kakak aku perasan. Boleh dia cakap. ' uzai tak reply massage ke?' Aku yang bila terdengar dia sebut nama kau, terkejut berok. haha. Aku diam dan buat tak tahu. After that, aku tukar nama kau dlam phone aku dari full name kau jadi 'ABANG PENGAWAS'. Sindiran pun dah start hilang dari  hidup aku pada masa tu. Then, we start berbalas message, only in 7 days kita berkawan then on 21 July 2010 you confess your feeling to me. Aku yang tidak berfikir panjang main terima jer. Aku pernah berkata pda diri aku sendiri, " haha, boleh ke aku percaya dengan buaya darat?  haha, aku tak percaya setiap patah perkataan pun dari mulut kau'. Tapi itu hanya di mulut saja. Bila hati mula terpaut, manisan cinta mula berbuah dan kian terasa. Tak- de sapa pun yang tahu kisah kita. Hebatnya kita berdua.

First Date kita bila kampung kita ada konset dekat panggung terbuka. Masa tu sejok sebab hujan memang menbasahi bumi. hihi, masa tuhhh, semua kawan-kawan terperanjat tengok kita berdua. Kita berdua dating hingga tak sangka teman disebelah kita pun mula bermain mata. Aizah and Farol. haha.. Tak sangka sangat -,- First date, i pakai t-shirt warna hijau with seluar track warna hitam

3 Month, Kita masih kekal and masih sweet gila, kalau kita jadi pengantin masa tuh, macam orang selalu cakap, ' inai dijari pun masih merah lagi '

About 4 month couple, aku terkejut bila salah seorang dari besties aku kata, Yang kau try membelakangi aku. You message dengan Cuppy. Kawan aku sendiri. I try to cool myself but i cant. I had to talk with you but the time doesnt give us a chance to talk each other. Bila balik sekolah, aku terus hantar message, then aku ceritakan dan aku tanya. Dan aku lega sangat bila kau kata yang kau dengan Cuppy tak-de papa, then, aku cool balik... AKU SAYANG KAU UZAI.

At the end of year, masa kita APC  (Anugerah pelajar cemerlang)
I'm very proud of you. Sebab you dapat naik pentas tapi sedihnya aku tak dapat naik pentas. Nak ambik hadiah. Habis jer majlis tuh, sesi bergambr pun start.  Kau nak ambik gambar dengan aku tapi masa tu aku malu, aku tak masuk dengan team aku. lebih-lebih lagi team pengawas kau. Memang tak boleh masok. Oopppss ! Tanpa aku sedari, aku benar-benar sayang kau.

Bila dah tukar kalendar baru, 2010 tukar menjadi 2011,
one more news yang buat darah aku naik. Aku dengar dari salah seorang dari besties aku jgak... Yang kau affair with her cuzzy, Eein. Aku malu masa tuh.. sebab dia cakap kat semua orang. Masa tu, hanya tuhan je yang tahu perassan aku. I week kita tak bertegur, no texting, no calls. phone off. untill u mengaku.. Aku nangis sekuat hati, bila aku masuk tandas sekolah bila ada saja muka kau lalu depan kelas aku, almaklum lahh, kelas kau kat atas kelas aku jerr.. Aku malu Zai, sangat malu. Tapi, cuma satu word je yang cuma ucapkan pada aku. SORRY. Aku masa tu dah 50/50 nak teruskan hubungan kita berdua. But I pray to Allah, untuk lembutkan  hati aku untuk terima kau balik. Alhamdulillah masa tu, aku terima kau dengan hati yang terbuka. Cuma aku tak sangka ending cerita cinta kita berdua ending yang simple dan menyakitkan. After aku exam, pmr.. kau tinggalkan aku dengan cara yang tidak adil bagi aku. Tapi, apa yang aku boleh buat? menangis, acting bahagia depan orang ramai, senyum palsu aku sedekahkan. Semua kerana kau. The Innocent Girl, is it suitable title for me? Btw, i'm really thanks to you becoz, you teach me to know about the world. nonsense~ 

Zai, terima kasih atas segalanya termasuk, botol air, rantai, surat cinta. kek cheese, birthday cake, hehe, i'm very appreciate  it. I always pray for your happiness and i really hope that you do the same thing to me.  Tanpa perpisahan ini, aku tak rasa aku sekuat ini. Aku terima pelbagai caci maki dari semua orang lepas kita putus. Aku tak tahu seistimewa itu engkau pada orang. Aku tak boleh buat papa. musahabah diri itu jawapan aku. Zai, kenangan kita yang lalu aku masih ingat till this day. Aku taknak lupakan semua tu kerana bagi aku cuma kenangan itu yang aku ada. Biarlah aku hidup dengan bayang-bayang kerana itu yang kau impikan. Thanks for everything zai. thanks coz spend your time untuk layan karenah kebudak-budakan aku suatu ketika dahulu. hanya engkau cintaku seorang. fullstop.


ONLY YOU...




thanks sebab spent masa baca entry aku yang seberapa sangat nieh. k? love u all~

From Queen Of Heart...
-eiydah khalidah-



Tuesday, 4 December 2012

I Need My Spirit Again.

Assalamualaikum w.b.t

Before Cikgu-cikgu lepaskan kita sebelum cuti panjang sekolah, aku pasti dan yakin mesti cikgu mesti masih ingatkan kita walaupun cuti kita mesti kena belajar. Cuti-cuti gak, study jgn lupa. *sigh
Kadang-ladang terdetik jugak dalam hati malas belajar tapi kalau difikirkan semula, ditilik semula.. buat apa kita hidup kalau kita tak belajar.. kita lahir-lahir je kat dunia, kita terus belajar, kita belajar mengenal ayah, mak, abang, akak and so on. So, belajar ni sangat sinonim dengan kehidupan kita. Kita jangan lupa mencari ilmu juga adalah tuntutan agama kita. Agama yang terindah, Agama Islam.

Dah hampir 2 minggu kepala aku ligat berpusing bagaimana nak start study. Kenapa ? Sebab sekarang dah bulan 12, dan tak lama lagi kena tukar kalendar baru. Dari 2012 ke 2013... Alahaiii.. pejam celik pejam celik dah nak kena beli kalendar baru. hihi.. Kalau difikir- fikirkan next year ialah tahun penentuan hidup, aku percaya semua orang nak berjaya cuma langkah atau pilihan je yang menyebabkan kita kecundang. i try very hard untuk cari kekuatan, semangat sebagai seorang pelajar, semangat seorang hamba, semangat seorang anak yang terlalu rindukan kejayaan. Telah lama ku pendam dan aku gagal buktikan pada PMR aku. Aku nangis dimalam hari, Aku malas nak layan orang. Aku ego sebab kegagalan aku. Aku bodoh sebab tak terima kenyataan yang aku gagal. Now, Ya Allah, aku perlukan semangat itu lagi. Semangat seorang yang terlalu rindukan kejayaan.

Aku ingin pecah rekod keluarga. Itu impian aku. Aku ingin lakar sejarah ku sendiri. Itu janji pada diriku sendiri. Cuma aku sekarang tak tahu nak mula macam mana. Aku tak nak tengok kawan-kawan aku berjaya then aku je yang tersungkur. Aku tak sanggup !

Again.. Again..Again.. AND Again.. ! I Need My Spirit AGAIN !

Aku harap aku dapat semangat menuntut ilmu seterusnya sentiasa beristiqamah dalam menuntut ilmu. Aku ambik kisah lalu dan jadikan ia sebagai pengjaran hidup. Bukan mudah nak gapai kejayaan tetapi semuanya tidak mustahil jika kita sentiasa berusaha. InsyaAllah. Mom, Dad, i love both of you. Eiydah nak berjaya. Doakan Eiydah. :)

From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-

Sunday, 2 December 2012

Takut Naik Form 5 ! what the hell ?!


Assalamualaikum W.b.t :)
Agak-agaknya apalah korang buat malam-malam ni kan? hihi
Dah masuk bulan December nieh tak terasa pulak cuti dah sebulan berlalu.. huhu

Waduhh~ !
Tu tandanya, cuti dah nak habis.. Erm... Boringnya Entry aku kali niehhh, haha..
Tahun depan..
 Tahun depan..
Tahun depan..
Tahun depan..

DAH NAIK FORM 5 !!!

Sejujurnya, aku memang takut.. Aku bukan tak nak ke sekolah tapi aku takut tak berjaya. Cyezly, memang cyezly, aku tak boleh bayang kalo result spm aku keluar semua fail or kurang baik. Aku pun terfikir jugak sejak bila aku boleh takut dengan masa. Dan sejak bila aku boleh buka mata, buka hati untuk fikir future aku. Oh God !  mungkin kematangan itu ada tapi tidak sepenuhnya. First of all, aku memang tak boleh gambarkan perasaan takut dan gementar aku dengan word SPM nieh. Ada tips nak tenangkan hati tak ? kalo ada boleh lh share k? sharing is caring. caring mean loving. haha.. 

till then, bye,,


Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-