Saturday, 3 November 2012

Jibril Mengeluarkan Rusuk Adam (Penciptaan Hawa)

Assalamualaikum w.b.t buat yang setia mengikuti perkembangan ku.
Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang Penciptaan Hawa setelah aku habis membaca sebuah buku yang menceritakan tentang Penciptaan Hawa.

KETIKA Nabi Adam as telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke bawah dan ke atas, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya.

Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba-tiba ia merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail as agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Nabi Adam tidak merasa kesakitan. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu kepada seorang wanita, yang diberi nama dengan Hawa.

Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan, dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam as sehingga Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam as menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.

Kemudian Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya di dudukkan di atas singgahsana dari emas.

Setelah itu Allah SWT membangunkan Adam as dari tidurnya, sambil di lihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as bertanya: "Siapakah engkau ? Siti Hawa menjawab; Aku diciptakan Allah SWT untuk dirimu. Adam as berkata: Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang mendekati aku.'' Adam as lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasaan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam, pihak lelaki menemui atau meminang Hawa.

Di saat Adam as mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba-tiba terdengar suara : " Wahai Adam bersabarlah ! Sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah." Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuno syurga , menghiaskan syurga seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.

Kemudian Allah berkhutbah : Alhamdulillah pujian untukKu, dengan keagungan adalah selimutKu, kesombongan adalah selendangKu, seluruh makhluk adalah hamba -hambaKu. Aku menjadikan malaikat-malaikat dan penghuni langitKu sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dan dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atasKu."

Kemudian pelayan-pelayan syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam as. Maka Adam as berkata : '' Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak, atau permatakah? Allah berfirman: Bukan wahai Adam as

 Adam bertanya lagi: '' Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk - Mu ? Maka Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman : Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk nabi dan kekasih- Ku Muhammad penghulu segala Rasul.

Allah SWT berfirman kepada Adam as : " Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah Berfirman : 'Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu".

Sumber dari : Buku yang berjudul "Himpunan Kisah-kisah Malaikat" disusun oleh Muhammad Isa Selamat.


From Queen Of Heart..
 -eiydah khalidah- 

Friday, 2 November 2012

Mera Pyaar..

Assalamualaikum buat pengintipku :)

Aku harap korang sentiasa bahagia pada hari ini dan hari-hari yang akan datang .
Hari pertama cuti sekolah nieh aku dah rasa boring, rindu dan segala macam. Aku boring sebab tak tahu nak buat apa kat rumah. Nak pergi jalan-jalan tapi takde transport. Kalau betul-betul nak jalan-jalan pon kena call abang yang tinggal di rumah ibu mertuanya. Alahaiii, menyusahkan jerr..
Risiko hidup yang tak tahu semua benda ini lah  jadinya, sentiasa susahkan hidup orang (aku)

Aku rindu bah sama kawan-kawan ku semua. Terutamanya, geng 4 Sains. especially ajol, arie, uzair. Mereka nieh semuanya bersuara lantang, ajol famouse dengan perangai yang selalu bercakap semasa cikgu sedang mengajar, Arie berbadan kecil dan cute. sangat-sangat rindu kat dia even selalu gaduh sebab selalu tidak bersependapat. Uzair, mamat yang di gelar "Good Listener" haha. Lucu sebab kadang-kadang bila kita orang sindir dia nama tuh dia akan buat muka marah dia. Actually, itu semua gurauan. Aku bukannya rindu kat dia orang jerr. aku rindu semua kawan aku.

Aku jugak rindu kat sorang mamat nieh. Aku tahu dia berada di mana sekarang. Aku tak percaya lah kalau korang kata korang takda minat kat siapa-siapa even isteri orang pon masih minat kat orang lain macam yang dalam Tv tuu, SEORANG IBU MINAT AARON AZIZ, pa cer? hehe. Fuhh ! mati lah kau Aaron ! hahaha.ehh.. ehh, aku dengar ada orang tanya lah? nape? kenapa aku minat kat dia? laahhh, mana boleh bagitau. Jangan hairan kalau aku heboh sangat kat sini yang aku ada suka kat sorang mamat  nieh. Salah satu sebab aku suka kat dia sebab dia pandai, dia bijak. takpe. cukup. bila tulis banyak-banyak, banyak yang tak sepatutnya keluar jadinya keluar. hehe. Aku nak masak jap. Bye-Bye. Have a nice day :)

From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-


Ada Hati Nak Tackle !

Assalamualaikum buat mata-mata ku.. :)

Apa yang aku post hari niehh tak da kaitan dengan sapa- sapa, samada yang hidup or mati :P
Ini cuma cerita aku keyh, rekaan ataupun bukan rekaan itu hak milik aku. HAHA *kejam jer bunyi nye yerr..

Aku tak tahu sejak bila aku boleh terdetik hati aku untuk suka dengan lelaki itu. uhh~ aku try tackle dia nak dapat kan dia sebab aku suka dia.. *minah tak malu.  At the same time aku tahu dia tengah single dan aku tahu jugak dia akan baca entry aku niehh. haha.. kenapa? macam mana aku boleh tahu? sebab  dia pernah sindir aku dan sebab itu lah aku tahu dia baca blog aku. terima kasih :)

Aku bawa perangai tak malu aku ke mana sahaja even di sekolah. *Pengawas yang tak boleh dicontohi . Haaa.. aku kat sekolah suka bawa haluan sendiri jerr sebab tu kadang-kadang aku nie minah yang tak malu. Malu aku malu yang bertempat. Aku try tackle jer kat mamat tuh aku tak try yang lain k, tapi bila aku dapat tahu mamat tu ada awek. Aku berhenti tackle dia. sebab aku tackle dia pun suka-suka jer. HAHA . kesian kat mamat tuhhh

So, aku minah yang tak malu nieh, lepaskan jer lah mamat tuhh.. takpa, aku suka-suka jer nak try dia. nak tackle dia. aku rasa kalau aku dapat pun aku tak nak sebab eh malu lahh pompuan tackle lelaki ! haha. Maluuuuu


sekian, malu :P

Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-

Monday, 29 October 2012

Tetiba Mood Nak Mengatai :P

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tama aku nak ucapkan tahniah pada diri aku sendiri sebab dapat tempat ketiga dalam pertandingan mencipta pantun *teruja sangat
Walaupau aku rasa lucu sebab aku tak caya yang pantun aku boleh laku! huahuahua ~

Okey, ini intro jewww~



ehekks..
aku ada soalan cepu emas niehh, sapa dapat jawab dengan betol aku akan bagi cap mohor kat korang! hihi *joking
soalan nya berbunyi... 
tutttt.....
> >>>Best ke kahwin? haha

Tanya sendiri jawab sendiri lah ekk.. Aku terjumpa satu potret kt Facebook tadieh, so sweet bila suami dia sarungkan cincin kat jari manis isteri dia, malangnya aku tak sempat nak jadi spiderman untuk curi gambaq tuhh.. tapi gambaq di atas nieh aku dapat dari Hencik Google. Hencik Google ada segalanya.  Siapa dapat tackle Hencik Google kite nie memang bertuah ^_^. haha

Aku selalu kata kat kawan-kawan aku kalau aku kahwin aku suami aku orang yang baik, memahami, and macam-macam lahhh, tapi, cukup ke sekadar tuhh ? persoalan, ting tong~ then, aku akan bagitau amma aku kalau amma aku nak cari calon untuk aku, aku nak seorang jejaka macam Imam muda Asyraf ! hihi.. *sedarlah eiydah~, kau baru jew 16 ! 

Elfira kata : kalau mimpi biar mimpi sampai ke bintang, one day.. kalau mimpi kite tak sampai ke bintang, sampai ke langit pon dah cukup memadai . '*))

Aku rasa kalau ada undian siapa nak kahwin dulu, aku rasa aku kot yang pertama sekali nak voluntere nak dulu, hihi.. bak kata kawan aku kahwin nieh suatu nikmat. nikmat yang tak mampu nak diucapkan oleh seseorang. Fuhh.. agak mendalam maksudnya tuhhh.. haha

Okey, jangan pikiaq benda lain pulak k?

Kalau aku kahwin aku nak buat majlis aku besar-besaran, Wahhh ! melampau ! ahaha *angan-angan jew lebih . Tapi walau macam mana pun seseorang tu nak menafikan diri dia tak nak kahwin, aku percaya kebesaran Allah S.W.T, perasaan kan fitrah ? so, siapa kta nak menafikan semua benda tuhh? sejak azali lagi dikurniak perasaan kan? so,aku rasa tak pyah lah nak menafikan semua tuh except, memang takdir tuhan untuk kita tak dapt jodoh kan? 

Eh..ehh, nampaknya aku memang dah lari dari tajuk sebab mata nieh dah lip lap lip lap tunggu masa nak masuk kamar beradu.. wee~ nytes uols. For those yang ada view Aku punya belog yang tak seberapa nak menyenangkan hati or bahasa yang sopan lagi iaitu belog yang agak memboringkan nieh, terima kasih atas view korang. Aku anggap satu view satu doa untuk aku dapat capai 9A Spm tahun depan, kihkih..

For those jgak yang rasa diri dia tak laku..


so, jangan ada rasa diri rendah diri k? Cinta kite LIMITED EDITION gituuu~

* sorry, gambaq niehh cuma hiasan, tiada maksud apa- apa, kalau anda fikirkan apa-apa yang baik, aku aminkan saja. HAHA, nape? sepadan ? aminnn... HAHAHHA *just for fun :)


From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-