Thursday, 20 September 2012

Aku Seorang Pengawas.

Assalamualaikum.. :)
 *Tahun 2010 ( tingkatan 2 )

Sahabat : Eiydah, kalau orang lantik kau jadi pengawas kau nak tak ? mesti nak kann, best tau sebab dapat escape kalau ada spotcheck.

Aku : Tak nak, lagi pun buang masa, tak nak jadi pengawas sebab bagi aku pengawas tu tempat dia djari telunjuk guru, ee.. tak nak lah, lagi pun kalau ada spotcheck biarlah.. dah salah tetap salah.

Sahabat : oow, gitu.. kalau aku memang nak sangat jadi pengawas, tapi orang macam kita ada ke ornag nak lantik ?

Aku : Haaa... sedar pun diri ! (tergelak)

*Tahun 2011 (tingkatan 3)

Sahabat : Eiydah, nama kau ada lah tercalon dalan senarai pemilihan pengawas.. hihi, tak lama lagi jadi pengawas lah kau Eiydah, haha

Aku : Ye kerr ? tak rugi ke kalau dia orang calonkan nama aku ? hermm, takkan lah aku jadi pengawas, Ohhh, tak mungkin  !

Sahabat : Jangan cakap macam tu, kalau ada rezeki ada lah tu... Sabar lah k ? hehehe

Aku : Aku tak harapkan sangat pun jadi pengawas, susah lah.. aku tak suka merayau-rayau. Tu ha.. cuba tengok, pengawas datang sekolah macam jadi orang gaji bukan nak belajar. 

Sahabat : Kenapa kau tak harapkan nak jadi pengawas ? Alasan lah tuhh, suka cakapsuka okeyyy..

Aku :  Yea la, macam mana dia orang nak pilih aku jadi pengawas, tahun ni aku dah buat kes, kes pakai baju unit beruniform lain. Masuk bilik guru disiplin pulak tuhh. Aku ingta tak kantoi, rupa-rupanya, kelas kita nie saja dah ada pengintipnya.. huhu

Sahabat : Tak pa lah Eiydah, past is past, yang salah tetap salah okeyyy, lagi pun buat apa kau nak pakai baju unit beruniform lain ? trend lah sangat... HAHA

Aku : Memang lah trenddd, kau je yang tak tahu... HAHA

*Awal tahun 2012 ( Tingkatan 4 )

Sahabat : Eiydah, aku serious niehh, kau nak jadi pengawas ke tak nak ?

Aku : Aku rasa bukan semalam kau baru bersama aku, lama dah kan ? dan aku rasa kau memang dah tahu jawapan aku. Lagipun, aku ni rasa macam nak pindah sekolah je. huhu

Sahabat : okeyy, kalau dah cakap macam tu, senang lah kerja aku.

Aku :okeyyy, berehhh..

*Akhir Tahun 2012 ( sekarang)

Cikgu Aman : Hari ini saya akan mengumumkan nama-nama pengawas yang akan berkhidmat pada tahun depan...

Sahabat : Mesti kau ada kan beb..

Aku : Aku ? kau gila ... ! haha

Cikgu Aman : Khalidah binti Senawi.

Aku : aku ker ? eh.. biar betol ? tak caya lah.. tapi cikgu Aman sebut nama aku tadi kan.. ? hahahaha  (ketawa sebab nak cover malu )..


Today, mulai 20.September.2012, AKU ADALAH SEORANG PENGAWAS BUT I'M NOT A TERRORIST ! Aku balik rumah then aku bagitau kat mak bapak aku yang anak bongsu dia nih dah jadi pengawas. then my father said :
" Eiydah, bila orang bagi kita pangkat, bermakna kita ada tanggungjawab. pikul lah tanggungjawab itu dan jangan sesekali lari dari tanggungjawab. Keran bukan senang kita buat tembok kepercayaan seseorang pada kita. so, kita kena bijak gunakan peluang yang ada " 
my mom said :
''Eiydah, kita kena sentiasa pelihara dan awasi diri sendiri sebelum kita mengawasi orang orang lain. 
InsyaAllah, mak bapak.. thanks for your advise :)
Sekian, Aku seorang pengawas, InsyaAllah :)

Wednesday, 19 September 2012

Homewok lagi... :)

Assalamualaikum :)
Syukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T masih beri peluang untuk hidup hari ini. yea. harus bersyukur. Bukan aku seorang tapi semua kita ni harus bersyukur. hihi.. mcam ustazah pulak dahh..
Hari ini best, Alhamdulillah tenang sikit dari hari sebelumnya sebab dah tahu serba sedikit tentang ******. Dan aku sangat pasti esok aku dah start busy dengan hal ehwal sekolah, ermm.. jangan kat esok lah.. malam nie pon aku dah busy. Mana tidaknya, banyak sangat kerja nak dibuat. Tapi aku sedar, seusia aku kena belajar banyak hal. 
Senarai kerja :
1) homework addmath (sangat bnyak. 2 muka surat )
2) aku kena sediakan dan cipta something untuk persembahan for ppim's group (sangat-sangat binggong masa ni sbb tak tau nak buat apa)
3) Aku kena siapkan cerpen.
4)kerja fizik melambak.

Buat masa nieh, tengah tulis entry, dalam masa yang sama tengah cari ilham nak buat persembahan apa. Apa-apa pun aku tak leh nak putus asa begitu jer, kan eiydah nak jadi peguam ? haha, InsyaAllah, tercapai . Sama-sama berdoa dan berusaha untuk masa depan sendiri :)

Allah Maha Pengasih dan Maha lagi penyayang :)


Bila orang bagi kita satu kepercayaan, kita harus jaga dan pelihara kepercayaan itu. Kepercayaan tidak dapat dibeli dengan wang. Bila ada kepercayaan maka adalah tanggungjawab. Dan tanggungjawab itu harus kita pikul kerana itu yang mendewasakan kita. I believe it because it happens to me right now. Now, aku di beri ruang dan diberi tanggungjawab untuk tonjolkan siapa diri aku, dan aku harus pikul tanggungjawab itu. InsyaAllah cikgu. :)
sekian shaja, esok insyaAllah, jika Allah SWT masih beri peluang untuk hirup udara segar, aku akan update lagi okeyyyy, LOVE YOU ALL :)

wassalam..

Tuesday, 18 September 2012

Unknown,.

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, hari ini aku sihat. Cuma pagi tadi bila aku bangun, aku terus pening kepala, Alhamdulillah biar pun bangun lewat sedikit pagi tadi, tapi masih sempat untuk tunaikan kewajiban sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak akan pernah sempurna aku percaya seseorang itu pasti mengharapkan yang terbaik. Aku pun sama. Sekarang, tiap jam, tiap minit, tiap saat, aku berharap sangat Allah dengar dan perkenankan doa aku. 

Apa-apa pu aku tahu setiap kejadian yang Allah jadikan itu mempunyai maksud tersendiri i mean Hikmah. Walau apapun, aku sebagai hamba aku kena redha, sabar untuk hadapi dugaan ini meskipun terpaksa mengorbankan diri sendiri. Aku percaya satu kata-kata ini.

"untuk mendapat yang terbaik, yang besar, pengorbanan nya pun harus besar dan usaha mesti lebih"

Sekarang, apa-apa pun yang terjadi, aku banyak belajar dari kejadian ini, Aku harus sentiasa bersedia unutk hadapi hari esok sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku.
sekian, terima kasih kerana sudi membaca rintihan hati seorang gadis :)
Wassalam..

Monday, 17 September 2012

Allah, Show Me The Way

Assalamualaikum..
Hari ini aku nak luahkan perasaan sedikit.
Aku sekarang tengah nak fikir tentang apa nak jadi dengan esok. Aku begitu berharap esok aku happy, tapi mampu ke aku happy dengan masalah keluarga hari nie? 
Ya Allah, kurniakan cahaya mu dikala aku kegelapan, berikan kami ruang dikala kami kesempitan,
Ya Allah, berikan dia petunjuk agar dia tidak melakukan perkara yang diluar jangkaan. Amin..^^
Aku tak rasa yang aku mampu nak hadapi hari esok sedangkan hari nie macam-macam jer masalah yang datang. tapi saya sedar yang Allah sentiasa bersama aku. Aku sedar Allah sedang uji aku dan keluarga. dan sekarang aku berdoa untuk longgarkan sedikit kesusahan yang menimpa kami sekeluarga. InsyaAllah Allah akan makbulkan. Juga, Allah tolonglah tunjukan kami jalan untuk hadapi masalah ini.
Aku harap sangat dia kembali ke pangkuan kami. kami semua perlukan dia. Pleaseeee!
kembalilah ke rumah !!

Sunday, 16 September 2012

Diari Hati.

Assalamualaikum..
Aku keliru sekarang. yes, memang keliru. sangat- sangat keliru. keliru dengan segala hal. Aku keliru tentang diriku sendiri. Aku tak tahu apa yang aku inginkan sekarang, aku hilang semua.. aku hilang orang yang  pernah aku sayang, aku juga hilang teman rapat. aku tertekan. sangat-sangat tertekan.

Buat masa nie, memang aku fikirkan hal yang sama dan hari ni tambah lagi satu masalah. Personal. Aku fikir mereka semua puas hati dengan apa yang aku buat. Aku buat apa saja untuk teman, yang mereka suka dan bahagia. Tapi malangnya, apa aku buat macam tidak membawa erti. Mereka tidak nampak ke keikhlasan aku dengan dia orang ? its okey, mereka tidak penting, yang penting adalah atas nama ku bersujud itu yang tahu keikhlasan aku. Aku redha apa telah terjadi sekarang. Mungkin Allah SWT nak latih aku menjadi seorang yang bersabar. Aku faham dan aku cuba untuk bersabar. Kalau dia orang tanya aku marah ataupun tidak, aku akan jawab ya, memang aku marah and please jauhi aku sekarang. Aku ingin bersendirian. Tenang tanpa ada gangguan. Sekarang, perasaan aku sangat terganggu..
Maafkan aku sahabat, aku tak mampu jadi yang terbaik. aku hanya manusia biasa tidak lari daripada kesilapan.
Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan ku ya Allah, ampuni segala dosa- dosa ibu bapaku, keluarga ku, guru-guru ku, serta sahabat-sahabat ku. Engkau redhai lah kehidupan kami Ya Allah, AMIN ^_^
Ya Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, hanya Dengan mu ku berminta, hanya pada mu tempat ku bersujud hanya padu tempat ku beradu.
Ya Allah bukakan lah pintu hati aku untuk aku menerima mereka dan mengenali mereka. Kerana aku percaya mereka adalah terbaik untuk ku :)