Saturday, 10 November 2012

Coretan Hati.

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni aku nk bermadah pujangga jap. Hati tak tenang langsung. Dengan hati tak tenang nie jugak aku dapat create benda niehh. Maaf kalau bahasa tak cantik tapi ini luahan hati seorang hamba Allah yang tak berapa nak sempurna...





Ya Allah
Betapa besarnya cubaan ini
Sana dan Sini
Aku cuba tuk berlari
Sejauh yang mungkin
Sekuat yang mungkin
Sepenuh jiwa dan raga
Agar aku mampu mencapai
Kedamaian dan Ketenangan

Ternyata Ya Allah
Aku hanya makhluk biasa
Sekuat mana ku berlari
Sejauh mana ku melarikan diri
Sekuat mana ku menghilangkan diri
Aku tetap lemah di telan duniawi
Lemas di dunia sendiri

Ya Allah Ya Tuhan ku
Aku redha dengan ketentuan mu
Aku pasrah dengan semua cubaan mu
Andai ini caranya untuk mendewasakan diriku
Kerana sesungguhnya hanya
Engkau yang Maha Mengetahui 


From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-

No comments:

Post a Comment