Thursday, 6 December 2012

Masak Hari Ini.

Assalamualaikum w.b.t  :)

Semalam aku dah lepas tension, pukul 1 stengah pagi baru nak tidur lepas tu terpaksa bgun awal. *sigh. Letih memang letih. Hari ini jugak mak  aku pergi pekan sebab nak beli barang dapur sebab anak menantu datang dari jauh. Kira dia nak buat sambutan lahhh... tapi, tiap-tiap kali dia orang datang mak aku akan busy suruh aku kemas nieh, susun tu  susun ni. Naik rimas aku dibuatnya. But, as a daughter, aku turutkan even dalam hati berperang dengan perasaan. HAHA. Apa boleh buat, itulah mak aku.

Hari ni hari jumaat, sangat bermakna bagi aku. Mak aku aku pergi pekan, bapak pergi masjid. Then aku ? aku buat apa? bila bapak aku tengah mandi aku cuba ingat macam mana mak aku masak. Yealah, aku excited sampai tangan ni laju taip pasal aku masak hari sebab, aku sebenarnya tak pandai msak but for this day, aku masak !

Lepas bapak aku pergi, aku yang menguasai rumah ni terutamanya DAPUR. haha.. Aku masak sebab kesian tengok bapak  aku bila balik dari masjid, datang rumah terus bukak tudung salji yang kosong isinya. Tapi, hari ini aku memang try sekuat-kuat hati untuk masak. Then, aku limitkan masa msakan aku. Sebelum bapak aku balik dari masjid aku pastikan yang masakan aku siap terhidang atas meja. Dan aku juga sudah wangi sebab dah mandi. haha. *erkk.. kantoi belum mandi tadi~

Apa yang aku masak, aku rahsiakan sebab this is my first time, i try to cook for my father. Entah dia makan ke tidak sebab bapak aku cerewet sikit pasal makan and itulah salah satu faktor aku tak nak masak. Actually bukan sebab takut okeyh. Tapi sayang, semua yang aku masak, erk semua yang aku masak? macam byak jer yang kau masak tu eiydah? byak lah sangat !! Masakan yang aku buat tak sesedap masakan yang mak aku buat. Okeyh, may be ini yang dikatakan air tangan seorang ibu. Alahhh, special nya masakan air tangan ibu ni kan? sedap~ sobsob -,-

Btw, ayah aku dah balik dari masjid and aku sedang bertapa di dalam bilik kesayangan aku nieh, aku malu nak keluar bilik disebabkan masakan aku yang tak sesedap yang mak aku buat...Tapikannn.. aku sendiri pun tak nak makan apa yang aku masak sebab aku tak sampai hati nk makan. haha *cover masakan tak sedap.

Apa-apa pun, kalau tak-de orang nk appreciate apa yang aku buat, biarlah aku sendiri yang appreciate apa yang aku buat. Hehe. *tak nak mengalah. Sebab my dad pernah pesan, Kita hidup tak leh nak bersandar kat orang lain. Kalau orang tu ikhlas nk tolong kita pon kalau kita sendiri yang tak bangunkan diri kita sendiri alamatnya kita akan tidur jer.. orang lain maju dalam hidup, kita jer yang terkandas.  eh eh.. *motivasi diri. haha. setakat ni je lah k? till then  bye sweetheart, handsome !

Wsalam :)

From Queen Of Heart...
- eiydah khalidah-

No comments:

Post a Comment