Assalamualaikum..
Aku keliru sekarang. yes, memang keliru. sangat- sangat keliru. keliru dengan segala hal. Aku keliru tentang diriku sendiri. Aku tak tahu apa yang aku inginkan sekarang, aku hilang semua.. aku hilang orang yang pernah aku sayang, aku juga hilang teman rapat. aku tertekan. sangat-sangat tertekan.
Buat masa nie, memang aku fikirkan hal yang sama dan hari ni tambah lagi satu masalah. Personal. Aku fikir mereka semua puas hati dengan apa yang aku buat. Aku buat apa saja untuk teman, yang mereka suka dan bahagia. Tapi malangnya, apa aku buat macam tidak membawa erti. Mereka tidak nampak ke keikhlasan aku dengan dia orang ? its okey, mereka tidak penting, yang penting adalah atas nama ku bersujud itu yang tahu keikhlasan aku. Aku redha apa telah terjadi sekarang. Mungkin Allah SWT nak latih aku menjadi seorang yang bersabar. Aku faham dan aku cuba untuk bersabar. Kalau dia orang tanya aku marah ataupun tidak, aku akan jawab ya, memang aku marah and please jauhi aku sekarang. Aku ingin bersendirian. Tenang tanpa ada gangguan. Sekarang, perasaan aku sangat terganggu..
Maafkan aku sahabat, aku tak mampu jadi yang terbaik. aku hanya manusia biasa tidak lari daripada kesilapan.
Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan ku ya Allah, ampuni segala dosa- dosa ibu bapaku, keluarga ku, guru-guru ku, serta sahabat-sahabat ku. Engkau redhai lah kehidupan kami Ya Allah, AMIN ^_^
Ya Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, hanya Dengan mu ku berminta, hanya pada mu tempat ku bersujud hanya padu tempat ku beradu.
Ya Allah bukakan lah pintu hati aku untuk aku menerima mereka dan mengenali mereka. Kerana aku percaya mereka adalah terbaik untuk ku :)
No comments:
Post a Comment