Assalamualaikum.. :)
Pepatah Arab ada mengatakan :
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat."
Aku terbaca sebuah nukilan dari seorang hamba Allah. Aku menangis. Bukan salah dia tapi salah aku. Aku yang terlalu menghayatinya. Membaca nukilan nya yang begitu tersusun kata-katanya, keindahan bahasanya, maksud yang mendalam dan diringi dengan sebuah muzik yang begitu menyayat hati. Air mata aku jatuh membasahi pipi umpama hujan yang membasahi bumi.
Keinsafann..
Ya, keinsafan. lahirnya rasa itu dari lubuk hati dikala membaca nukilan itu. Kakak tak salah. saya yang salah. saya menangis kerana apa yang kakak katakan itu memang benar.
Ya Allah..
Aku lah salah seorang manusia yang jahil tanpa disedari..
Aku lah manusia yang jahil yang ada di bumi..
Akulah manusia yang jahil lupa akan mu..
Akulah manusia yang jahil lupakan ibubapa ku..
Aku lah manusia yang jahil lupa akan guru-guru ku...
Bila Maghrib pula menjelma..
ku tunaikan kewajiban ku..
ku lafazkan niat sepenuh jiwa ragaku...
ku dalami ayat mu..
hingga ada rasa ingin tahu...
Ya Allah..
betapa besarnya kebesaran mu, walhal aku lalai di duniaku.
Ya Allah..
permudahkanlah aku dalam segala hal.
bantui lah aku untuk berubah Ya Allah..
Lindungilah aku dari perbuatan yang terkutuk itu ya Allah..
"Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengasih maha lagi Penyayang"
#kepada empunya Blog, terima kasih atas kesedaran mu hingga menjadi kesedaran ku, Moga-moga kamu dikurniakan rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T. insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment