Assalamualaikum semua..
tak jawab dosa..
aaaaaa? tau pon takut, hihi
Masa niehhh, student yang malas macam aku niehh memang tak ada keja selain nak escape dari study malam.. nasib baik my Appa tak ada kat rumah, hihi...
Kalau adapun, at least aku akan baca buku teks kegemaran aku iaitu buku teks Sejarah.. hihi
*intro jer tuhhh..
:: Pagi ::
Aku bangun akhir hari ni sebab malam tadi aku tidur pukul 3 pagi disebabkan tak dapat tidur. Walaubagaimanapun aku tertanya-tanya jgak nape aku tak dapat tidur. Mesti ada something wrong kan.. kan.. hmmm, Entah lah.. Buat pening kepala jer kalau nak fikir lebih-lebih so, kita buat tak tahu jer laaa... Haha
*ini pon intro gak.. hihi
:: Sekolah ::
Seperti biasa my school memang ada perhimpunan dalam masa 15 minit before masuk kelas. Dalam masa 15 minit tuhh semua cikgu akan me-Lecture kan kita orang degil + kurang ajar niehh.. tapi aku teergolong dalam kalangan degil kot.. but sometimes kurang ajar jgak.. (pernyataan sebab bukan selalu buat pernyataan gituuu) hihi.. Selepas kena hentam oleh para guru, kita orang masuk kelas seperti biasa dan seperti biasa jgak lepas exam kita orang memang tak buat apa-apa dalam kelas. Except masa Maths, disebabkan cikgu terlalu caring kat kita orang, dia bagi latihan percuma untuk kita orang. (latihan percuma lah sangat sedangkan masa tu buat muka masam semasam cuka masa disuruh buat) haha. Cikgu Nazirah. Cikgu nielah yang bukakan hati, minda supaya kita orang anggap Maths nieh subject yang mudah.. Thanks cikgu !
:: Masa Rest ::
Masa rest memang kita betol-betol rest lahh.. haha, persoalannya masa rest niehh, kawan kelas aku busy menbusykan diri pergi bilik warden untuk ambil borang permohonan masuk asrama. Dia orang adalah jgak ajak aku tapi aku kena fikirr banyak kali sebab aku tak nak sejarah berulang lagi sebab masa darjah 6 dulu aku nak keluar dari asrama tapi tak dapat dan tak lehh. hurmmm.. mati akal aku dibuatnya masa tuhhh.. Dan sekarang pun aku binggung patutkah aku stay kat asrama? or tidak? aku bukan apa aku malas lah sebab aku fikir kalau aku ada bersama kawan-kawan aku kat asrama, rasa-rasanya aku boleh fokus ker? tu lah yang membinggungkan aku.. lagipun kalau aku dok asrama, siapa nak update status aku di Facebook? Blog? ahahaha, actually, aku tak risau sangat hal yang niehh. Bak kata kawan aku, just a small matter dear ~
:: After Rest ::
Semua kita orang fikir dan dah sedia tahu tentang pulangan buku teks pada esok hari, iaitu hari selasa. kita orang pun bersorak lahh... best lahh, apa lahhh. semua word yang boleh meransang rasa gembira masa tuhh keluar.. ohhhhh, sungguh tak sangka seorang budak pergi dari kelas ke kelas tujuannya nak mengumumkan bahawa students form 4, pemulangan buku teks ditunda kepada hari Rabu. OMG ! kecewa sangat-sangat dah masa tuhh, sebab kalau pemulangan buku teks tu pada hari selasa, memang banyak dah agenda nak dirancang dan dibuat. tapi takpa lah, memang bukan rezeki kita orang nak hantar buku teks pada esok hari ponn.. huhu sedihnya... ! ( Sedih lah sangatttt) HAHA
*niat dah tak betul gitu jadi nya, nikmat ditarik dalam sekelip mata*
:: Kat Rumah dah ::
Sampai rumah, macam biasa tukar baju dan terus tidurrrr.. ha? nape? tak makan? sebenarnya, dah jadi rutin aku, dalam pukul 4 aku akan bangun dan makan then aku mandi untuk mandi malam.. huhu, hidup memang macam tuhh.. kalau dah makan petang, malam aku dah tak makan dahhh. Diet katakan.. hihi (diet lah sangatttt), actually, kalau aku lapar pon masa malam aku akan minum then aku akan jadi tikus mondok terkuit-kuit cari makanan. tapi biasanya aku tak makan somethings yang berat lahh... simple like a bread and so on. Tapi petang tadi anak buah aku datang, dikira agak menganggu aku tidur tapi takpa, sebenarnya aku rindu kat Yaya.. cyezly ! perasaan bila ada anak buah niehh memang lainn.. contohnya lah apa yang terjadi pada aku.. :
1. Sensitif tengok barang budak-budak. kalau tengok mesti ada rasa nak beli even aku tak ada duit.
2. Menjadi seorang yang lebih penyayang..
3. hati jadi lembut.
Lepas Yaya balik, aku ambik kesempatan nak bual tentang asrama kat my amma. Amma aku cakap takda hal kalau aku nak dok asrama, terpulang pada diri aku sendiri. Tapi sejujurnya, aku dah tak ada rasa excited nak masok asrama. entah lahh.. malas sangat-sangat..
*Malas nak mengurus diri sebenarnya. hihi
Btw, tangan aku dah lembik semacam angkara menulis entry niehh, so.. aku stop kat sini. Have a nice day kawan-kawan also, orang yang baru follow aku. terima kasih sebab sudi follow belog aku yang tak seberapa * rendah diri pulak minah niehh.. haha
From Queen Of Heart..
-eiydah khalidah-
No comments:
Post a Comment