Tuesday 2 October 2012

Egokah Aku ?

Assalamualaikum :)

Minggu ni adalah minggu exam dan sepatutnya dihadapi dengan hati yang tenang seperti sebelumnya. Tapi, malam ni tak dapat nak focus sepenuhnya sebab fikirkan pasal "Saya dan Dia"
Selepas usai solat isya' , aku terus baring dikatil single ku. ku fikir hanya ingin melabuh bahtera selama 5 minit rupanya sangkaan ku salah. Terdengar ketukan pintu biliku yang diketuk oleh tangan lembut ibuku.
'Eiydah kau tidur ke? bangun lah, petang tadi belum makan, dah bangun, turun ke bawah dan makan, Mak tunggu " ujar ibuku dengan nada yang manis.
Ya Allah, sebegitu caring ibuku terhadap aku, ingin sahaja aku sebagai seorang anak berkongsi suka dan duka tentang hal peribadiku tapi malangnya mulutku seolah terkunci, tangan ku terikat pabila sudah terdetik hati ingin berbicara.
Kembali ke kisah Percintaan Yang Tidak Diketahui Hujung Pangkalnya,
Dikala ku termenung di jendela, aku terfikir adakah aku seorang yang ego untuk mengakui itu cinta? ataupun perasaan itu hanyalah permaina. Keliru. Sangsi plus plus.. !
Perasaan Keliru dan sangsi semakin bertambahh apabila dengan nyaringnya melodi dari negara seberang diputarkan di radio. Lagu bertajuk Egokah aku ? kian bermain di kepala hotak ku menyebabkan aku kurang memberikan perhatian pada pelajaranku.
'Berani Buat Berani Tanggung Eiydah'
Hanya ayat itu sahaja yang sentiasa menyingah di benak hatiku. Sungguh aku lemah. Aku lemas dan tenggelam di alam percintaan.
Dan akhirnya, muncul lagi ayat dibenak dada ku tatkala aku berniat untuk mengambil wudhu kerana ingin menunaikan solat sunat hajat.
' Allah sentiasa bersama kita dan Allah akan meguji kita berdasarkan kemampuan kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya '
# i hope, Allah dengar semua doa ku dan sentiasa mengingati aku...


Selamat berhibur dan mendengar rintihan hati ku :), selamat malam..

2 comments: