Saturday, 27 April 2013

Alone At Home.

Assalamualaikum w.b.t

 Beberapa minit lagi nak pukul 12 pagi tapi aku masih lagi hidup dengan bercahayakan lampu kecil dan bersandar dengan kerusi yang setia menemani aku setiap malam. Hampir seminggu hidup membujang dirumah, mak ayah takde kat rumah menyebabkan aku mula terfikir sekiranya mak ayah sudah tiada lagi adakah begitu kehidupan ku ? Yealah, Hurm-,-

Hati ini terlalu berat untuk menanggung derita. Tiada teman berbicara dan girang ketawa bersama. Bila sorang-sorang dekat rumah mulalah nak jadi bookworm. Untuk masa hadapan katanya. KATANYA~ Itu semua harapan dan harapan untuk berjaya tetap ada dan aku tidak ada masa untuk bermain lagi kerana kini aku mula sedar bahawa masa hadapan bukan suatu perkara yang boleh dimainkan seperti buaian yang boleh undur semula dan maju kehadapan dan sebaliknya. Aku takut untuk gagal lagi. Jujur dan tegas aku takut gagal tapi aku percaya dengan kuasa ilahi. Jika itu berpihak pada aku aku akan terima dan redha dengan semua ini. Kejayaan tanpa usaha adalah suatu kebohongan tetapi usaha dan berjaya adalah suatu kepastian itu janji Tuhan.

Wassalam, Eiydah

No comments:

Post a Comment