Saturday, 3 November 2012

Jibril Mengeluarkan Rusuk Adam (Penciptaan Hawa)

Assalamualaikum w.b.t buat yang setia mengikuti perkembangan ku.
Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang Penciptaan Hawa setelah aku habis membaca sebuah buku yang menceritakan tentang Penciptaan Hawa.

KETIKA Nabi Adam as telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke bawah dan ke atas, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya.

Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba-tiba ia merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail as agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Nabi Adam tidak merasa kesakitan. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu kepada seorang wanita, yang diberi nama dengan Hawa.

Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan, dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam as sehingga Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam as menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.

Kemudian Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya di dudukkan di atas singgahsana dari emas.

Setelah itu Allah SWT membangunkan Adam as dari tidurnya, sambil di lihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as bertanya: "Siapakah engkau ? Siti Hawa menjawab; Aku diciptakan Allah SWT untuk dirimu. Adam as berkata: Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang mendekati aku.'' Adam as lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasaan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam, pihak lelaki menemui atau meminang Hawa.

Di saat Adam as mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba-tiba terdengar suara : " Wahai Adam bersabarlah ! Sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah." Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuno syurga , menghiaskan syurga seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.

Kemudian Allah berkhutbah : Alhamdulillah pujian untukKu, dengan keagungan adalah selimutKu, kesombongan adalah selendangKu, seluruh makhluk adalah hamba -hambaKu. Aku menjadikan malaikat-malaikat dan penghuni langitKu sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dan dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atasKu."

Kemudian pelayan-pelayan syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam as. Maka Adam as berkata : '' Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak, atau permatakah? Allah berfirman: Bukan wahai Adam as

 Adam bertanya lagi: '' Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk - Mu ? Maka Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman : Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk nabi dan kekasih- Ku Muhammad penghulu segala Rasul.

Allah SWT berfirman kepada Adam as : " Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah Berfirman : 'Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu".

Sumber dari : Buku yang berjudul "Himpunan Kisah-kisah Malaikat" disusun oleh Muhammad Isa Selamat.


From Queen Of Heart..
 -eiydah khalidah- 

No comments:

Post a Comment